Friday, April 17, 2015

Umrah's with kids and family.

Assalam..segala puji bagi Allah...Lama mengira bila kesempatan sesuai untuk saya kongsi pengalaman saya mengerjakan umrah bersama keluarga tersayang.Di harap sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada yang mahu mengerjakan umrah dengan keluarga.
  Kami memilih Andalusia sebagai agen yg membawa kami kesana kerana beberapa sebab peribadi.Anda mungkin punya pengalaman dgn agensi lain,silalah pilih mengikut kesesuaian dan kemampuan sendiri.Saya pernah umrah bersama ibubapa dan adik beradik saya dengan Rayhar,namun saya rasa tak perlu saya kongsikan dengan terperinci.Yang boleh saya nyatakan pergilah dengan siapa pun,semuanya letak pada niat dan hati kita.Allah maha mendengar,doa dan yakinlah bahawa Allah akan mudahkan jika kita buat buat benda baik.Itu saja.setiap agensi ada kelebihan dan kekurangan,tak perlu kita bertelagah siapa lagi hebat.takde untung pun. 
      Kami mendarat di Terminal Haji Jeddah.Berhati-hati dengan porter yang beri anda trolley beg,perkhidmatan itu berbayar,50riyal tak silap saya.Jika sekerat jalan anda beri tahu anda tak mahu perkhidmatannya,kemungkinan besar dia akan tolak beg anda sesuka hati dari trolley tadi.Pastikan anda sudah bersedia dengan trolley lain.Perkara ini terjadi depan mata saya.Memang rase nak marah atas kebiadapan itu,tapi sebab baru sampai,sabar lebih baik.
    Dari Jeddah kami dibawa dengan bas menuju ke Madinah.Waktu saya pergi baru ini hujung Mac,Madinah masih sejuk  waktu malam.Waktu berhenti solat di kawasan rehat,terasa betul sejuknya.MasyaAllah.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke Madinah,anak-anak saya tidur lena dalam bas sebab dlm kapal terbang dieorang main mainan yg kami bekalkan.Anak saya 6 dan 3 tahun,anak buah saya 5 tahun dan 6 bulan.Tiga yang atas perempuan yang kecil sekali sahaja lelaki.Jadi yang tiga orang ini hanya tido separuh dari waktu penerbangan yang hampir 9 jam.Ini kali pertama saya bawa anak-anak saya menaiki penerbangan lebih dari 4 jam,saya terlupa tip penting dari sahabat saya supaya berikan mereka ubat tido(air sickness).Terbalik dari yang disangka,anak-anak tak mabok,ummi dia yang mabok.Kebetulan saya tak sempat sarapan pagi itu memang memburukkan lagi keadaan saya yang mengandung 4 bulan.Pengajaran,pastikan makan ikut waktu sebelum berlepas,suapkan anak2 ubat tido bila dah kat dalam kapal.Akibatnya,saya yang muntah didepan pintu tandas pesawat,malunya Allah saja yang tahu..Ramai warga emas yang mungkin pertama kali naik pesawat,jadi masa yang mereka perlukan untuk menyelesaikan hajat agak lama di dalam tandas pesawat yang comel,jadi sabarlah.Tak semua orang biasa naik kapal terbang.
      Di Madinah masih banyak hotel yang sangat hampir dengan Masjid Nabawi.Namun saya dikhabarkan oleh mutawwif kami,Masjid Nabawi juga bakal dibesarkan lagi dan ini maksudnya hotel juga tidak akan begitu dekat seperti sekarang.Hotel yang kami duduk saya kira agak hampir juga dengan Masjid Nabawi,alhamdulillah..Nak tolak stroller pun tak ada masalah kerana disini telah diasingkan kawasan ibu dan anak.Tapi sekiranya hendak merasa duduk di saf paling depan,bergilirlah dengan pasangan atau ahli keluarga yang ikut serta.Suami saya kali pertama umrah,jadi saya banyak biarkan dia sendirian dan saya bawa anak-anak saya sendiri.Kami suka duduk diluar,terutama waktu asar dan maghrib,isyak.Tidak terlalu panas,dan malamnya dingin.Anak-anak juga suka melihat payung-payung terbuka dan burung-burung kecil berterbangan.Jika anda mahu bersedekah cara mudah bawalah biskut atau coklat,berikan sesama jemaah.Ramai orang buat begitu.Kecil,tapi mudah.Bagi elakkan anak2 saya dari bising,saya bekalkan mereka sedikit mainan dan makanan seperti biskut dan sbgnya.Anak-anak saya gemar menconteng,jadi saya berikan mereka sketch book dan magic pen.Mereka mudah ralit dengan itu.Bekalkan apa yang anak gemar.Itu penting.Air masak kalau tak mau bawa,bawa botol kosong,air zam zam banyak sekitar masjid dan ia percuma,isilah dlm botol anak2 sambil doa,Allah mudahkan ibadah kita disamping anak-anak.
     Hari ziarah jika bawa anak,bekalkan keperluan mereka.Saya cadangkan kalau ada apa2 nak dibeli utk bawa pulang,belilah diMadinah sedikit,seperti bila melawat ke Pasar Kurma.Di Madinah juga,elak beli ole2 di tepi jalan,kerana banyak lagi kedai2 di dalam bangunan dengan harga yang lebih perpatutan.Di Mekah saya kira kurang masa kerana keadaan yang agak sesak dan agak panas berbanding Madinah.Di sana juga anda mungkin mahu lebih banyak mengerjakan umrah atau tawaf sunat.
  Di Madinah,jika ke Raudhah dengan pimpinan ustazah,berhati-hatilah jika bawa anak-anak.Ada bangsa lain(tak perlu saya sebut nama) yang memang gemar bertolak-tolak.Ada juga yang enggan berganjak dari tempat yang mereka duduk,kerana ingin terus berdoa.Jadi janganlah terkejut jika anda lihat petugas masjid nabawi angkat mereka ini keluar.Jemaah Malaysia amat di hormati mereka kerana majoriti jemaah kita mendengar arahan mereka.Tak perlu tunggu hingga anda berada paling depan atau paling hampir dengan maqam Rasulullah S.A.W untuk solat sunat.Bila lihat karpet hijau,itu tandanya anda telah berada dalam kawasan Raudhah.Solatlah..Doalah...Mintalah..Jangan bertolak-tolak..Usai salam dan solat segeralah beredar sebelum dipijak oleh orang lain yang saiznya jauh lebih besar dari kita.  
        
Payung-payung kegemaran kami..
Anak-anak sudah mengantuk.Ini waktu tunggu solat Isyak,biasanya jika pergi dari waktu maghrib kami terus tunggu waktu isyak.

Bersambung...

No comments: