Wednesday, January 9, 2013

Realitinya..

Assalam,lama tidak menulis,hati tersentuh di pagi ini kerana sentap dengan suami..Maka terilham untuk menitip entri ini.Bukankah lebih baik mengadu pada yang Satu?ini bukan entri mengadu/mengata ,ini realiti..kenyataan dalam hidup yang sudah jadi lumrah bagi saya.
Seperti yang di ketahui,saya baru melahirkan seorang lagi puteri kurniaan Ilahi 14/11/12 yang lalu.Nur Amna namanya,nak cerita pasal die tak cukup satu entri.Kita balik semula pada cerita tadi,sentap.Perkara yang hanya mampu kita rasa dengan orang2 tertentu.
Sejak pulang dari habis pantang,suami sungguh sibuk dengan kerja.alhamudulillah,rezeki anak2 & ummi skali lah kan?tapi bila sibuk bekerja ertinya kurangla masa untuk kami2 di rumah ini.Saya yang masih menyesuaikan diri dengan 2 orang anak dirumah,seorang yang sememangnya masih bayi,dan seorang lagi yang menuntut perhatian kerana merasakan diri sudah semakin besar.sungguh mencabar kesabaran hingga satu ketika saya rasa saya lemas dalam tangisan kedua-duanya..Allah sahaja yang tahu perasaan itu..perasaan yang tak mampu di terangkan dengan kata2..tapi hati ini bagai diberi kekuatan,fikirkanlah meraka di Gaza,apalah sangat kusutnya saya nak dibandingkan dengan ibu2 yang kehilangan anak dan suami disana.
Biarla saya sentap dengan suami,mak dia sendiri pun mengaku,ada perkara2 yang dia tidak sedar sering menyentuh hati kecil saya.saya tak sempurna,begitu juga dia.habis2 pun saya masuk toilet nanges dalam shower,amalan sejak jadi ummi,taknak nanges depan anak2..ini realiti nya,saya redha..Moga Allah beri kita semua kekuatan dan permudahkan jalan kita disina dan di sana nanti inshaAllah.