Saturday, November 30, 2013

Dia tak kerja...

Dia tak kerja,
Untungla dia,
Tak perlu tempuh kereta berjuta,
Dia tak kerja,
Bertuahla dia,
Pagi petang melayan anak sahaja,
Dia tak kerja,
Rugila dia,
Belajar bertahun,
Begitu sahaja,
Dia tak kerja,
Biar dia buat semua,
Bila-bila dia ade masa,
Dia tak kerja,
Peduli ape,
Die tak stress macam orang bekerja..
Dia tak kerja,
Dia juga manusia,
Yang juga tahu erti penat,suka,dan duka,
Dia tak kerja,
Senangnya berkata,
Marilah duduk ditempat dia seketika..
Mampukah rasa?

No comments: