Sunday, October 30, 2016

The Big C

Bismillah...in the name of Allah..The Most Gracious Most Merciful....
It's been almost 3 weeks after my laparoscopy surgery,and they found there's a small c-cells on my colon and lymph nodes.As i am recovering from surgery today the oncologist asked me to do a pet scan.Its a detail scan to see if it spreading or not.The chances are 50-50 so the best way is surrender everything to Allah...
Please don't feel sorry for me,I really just wants some emphaty..Thats all...I hate when people make me cry cause I cry easily and its hard to stop once I starts.
If you know me well,you should know this by now.
Its emotional,its heartbreaking,knowing that people around you are constantly worried about you..Its suffocating to know that at some point I may have to wean off my baby sooner.
 But I also keep reminding myself that Allah is the best Planner.For He knows what is best for me..For He will never given me anything that I couldn't handle.For He is the one creating me,and for Him I shall return.. 
Bear with me cause I will not be entertaining any questions for know untilI I see my oncologist again..
Salam...

Tuesday, October 27, 2015

Temujanji pertama.

Hari itu seperti dijanji,dia sampai tepat pada masa di Dataran K6,UPM.Proton Saga coklat lembut walaupun kereta lama,tapi segala bahagian masih elok berfungsi,dia memang orang yang cermat.Sama seperti ibunya.
Aku sudah siap,ku oles sedikit solekan di muka.Dalam hati berdebar.Macam mana kalau dia bukan yang seperti diharapkan?Bukan seperti ditelefon.Ah!Persetankan!Lama dah aku minat dia ni.Dari tingktan 2 bak ang!Tapi masa itu aku junior,pakai spek besar.Dia plak senior kelas budak pandai-pandai..elok plak "girlfriend " dia sebelah dorm aku.
Sandal Vincci tumit tinggi aku sarung,nak bagi ilusi sedikit tinggi dan sedikit ayu.Orang yang pakai kasut tumit tinggi aje yang faham perasaan berjalan dengan kasut tumit tinggi.Aku tak tipu,dia macam ada satu magik,dia beri kau rasa kaulah perempuan paling cun,walaupun kau mungkin tak secun Fazura,tak percaya?Cubalah sendiri!
Cermin di tepi dinding pejabat kolej ku intai buat kali terakhir,"Lawa jugak aku ni" Dia senyum,keluar dari kereta,pintu kereta belah penumpang dia buka.Hati aku dah berbunga,gilalah romantik, bukakkan pintu kereta!Salam diberi,kereta mula meluncur keluar dari pagar UPM.
Dalam hati aku terus berdebar,dia yang tadi senyum,kini diam seribu bahasa.Nampaknya macam biasa,aku yang kena bukak cerita.Maka keluarlah ayat-ayat biasa temujanji pertama.Tak payahlah aku cerita.Kami ke Alamanda,tempat dating budak-budak UPM yang ada duit lebih sikit,yang tak ada pergi The Mines aje.Kami setuju untuk makan di medan selera.Biasalah,nak elak dari rase janggal bila nak membayar.Makanan dibeli dan kami duduk dimeja yang kosong,hari itu aku pun pelik kenapa Alamanda seperti kosong.Dia senyap lagi,malunya mengalahkan aku pulak.Bicara kubuka semula,dah lama baru rancak ku dengar dia bercerita.Begini rupanya dia,dalam telefon tidak pula pemalu begini.Ada rupanya lelaki begini.
Selesai makan aku katakan padanya,bekalan mee segera aku habis,aku masa itu hantu Mee Ruzki Perisa Tom Yam,penangan Aini rakan sebilik.Kami terus menuju pasaraya berdekatan,tak ada Mee Ruzki aku.Aku senyum,tak apalah..Tak ada rezeki.Si dia bantah,katanya,jom kita cari dekat Cyberjaya.Satu-satu kedai runcit kami pergi.Tak ada.Maka hari itu temujanji pertama kami berakhir dengan misi mencari Mee Ruzki.Lucu,tapi benar,kesungguhan itu agak menawan hati ku.Mee Ruzki tak dapat,tapi hati ku memang dia dah dapat.

Friday, April 17, 2015

Part two;Harramain

 
Ziarah wida' di Raudhah sunat..jika tidak berkesempatan,solatlah zuhur atau subuh sebelum bertolak ke Mekkah..Saya hanya solat zuhur sebelum kami bergerak ke Mekkah atas kesuntukan masa.Perjalanan dari Mekah ke Madinah memakan masa lebih kurang 6 jam(agak lupe waktu sbnrnye,betulkan jika saya salah)Kami bermiqat di Bir Ali,masjid agak kecil,jadi mutawwif cadangkan berniat di dalam bas jika tidak mahu terkejar-kejar,hanya jemaah lelaki yang masih belum menukar pakaian ihram yang turun kerana jarak Bir Ali dengan Madinah hanya 1 jam.Kami sempat ziarah Jabal Rahmah,merasalah anak2 kami naik unta disitu.
  Selesai miqat,mulalah menjaga pantang latang ihram.Kalau takut kain ihram suami terkene najis anak,ibu2 peganglah anak yang masih memakai lampin pakai buang,tapi kalau anak nak jugak ayah dia,sampai Mekkah nanti akan diberi sedikit masa untuk menyegarkan diri di hotel,tukar la kepada pakaian yang bersih   atau kain ihram lain.Kami berhenti makan di kawasan rehat dan solat jamak maghrib dan isyak dikawasan tengah2 padang pasir.Udara malam agak sejuk.Pakai pakaian yang sesuai pada anak2 atau bekalkan mereka baju sejuk. 
       Sampai di Mekkah,kita di beri masa untuk bersiap-siap di bilik.Walaupun anak agak "cranky" kerana perjalanan yang agak panjang,namum kami sudah dalam ihram.Sedikit kepenatan tapi hati tak mampu lagi menahan rindu.Saya gagahkan hati dengan doa agar Allah mudahkan semua.Suasana di Tanah Haram seperti yang digambarkan ustaz di kursus persediaan umrah,agak sesak dan berdebu. 
     Bayangkanlah,masjid paling besar di dunia,betapa ramainya umat Islam didunia ni,1/3 sahaja bahagian masjid dibuka.Jika anda pernah datang beberapa tahun lepas,masuk sahaja masjid anda akan terus nampak Kaabah,sekarang bahagian itu ditutup.Anda perlu berjalan lebih kehadapan,pintu satu telah ditutup,jadi anda akan masuk dari pintu yang paling dekat dengan arah hotel yang anda tinggal.Umrah pertama biasanya akan dibawa mutawwif,dengarlah penerangan tentang pintu masuk anda agar mudah untuk anda pulang setelah selesai umrah. 
   Di Masjidil Haram juga stroller tidak dibenarkan dibawa masuk,ambillah wheelchair di hotel yang anda inap.Kebanyakan hotel memang ada banyak wheelchair yang diwakafkan oleh jemaah yang sebelum.Salah satu lagi cara jika anda ingin bersedekah.Anak saya yang kecil agak marah kerana terpaksa berkongsi kerusi roda dengan kakaknya,dahlah mereka dlm keadaan mengantuk.Sabar jelah..Dugaan-dugaan kecil dengan anak-anak.Kakak alhamdulillah tidak byk ragam walaupun mengantuk,penting kita fahamkan anak yang sudah mengerti sedikit sebanyak tentang umrah,kenapa,dan mengapa.Mungkin dia tak faham semuanya,tapi sebelum pergi saya banyak ceritakan dan tunjukkan gambar saya dan di TV pun ada gambaran di Mekkah.Saya ceritakan juga dia serba sedikit tentang Rasulullah S.A.W.Saya yakin sedikit sebanyak perkara kecil ini membantu anak saya faham serba sedikit. 
      Kami naik ke maataff tingkat dua memandangkan kerusi roda tidak dibenarkan ditingkat bawah,turuf bersama saya selain dari keluarga suami juga mama dan papa saya.Mama masih belum pulih sepenuhnya dari pembedahan lutut jadi abang long saya tolak mama saya,dan suami tolak anak2.Papa saya ada asthma jadi kami ambil keputusan untuk tawaf diatas.Adik ipar saya ambil keputusan untuk bergilir-gilir dengan suami kerana anak yang 6 bln duduk di carrier,takut tidak sedar waktu tawaf dia terkencing,tidak sah tawaf nanti..
     Selesai tawaf kami cuba cari tempat Saie tingkat dua yang di katakan kurang sesak,tapi kami tak jumpa laluannya.Maka kami beransurlah perlahan-lahan ke Safa dan Marwah yang asal.Di sini laluan kerusi roda tersedia,tapi berhati-hatilah dengan porter yang mengambil upah menolak orang.Mereka professional,dan kalau tak berhati-hati orang lain yang tolak kerusi roda sendiri akan di langgarnya.Sakit tau kene belakang kaki.Saya hanya mampu berjalan saie pusingan pertama,nak masuk kedua saya rasa sakit dibahagian ari-ari.Suami suruh saya duduk skali dengan anak2 di kerusi roda.MasyhaAllah sungguh rasa bersyukur punya suami sebaik dia..Berat nak tolak kami bertiga tp saya tengok dia semangat,maka kami saya sama2 aminkan doa2 saie bersamanya.Selesai saie sudah hampir waktu subuh.Anak2 saya terjaga,merengek sikit itu biasa.Kami tinggu subuh dan janji pada mereka,lepas ni kita makan ice cream sedap!upah budak2 baik.Ooo..saya lupa,selesai tawaf Ai'syah terjaga dr tidur.Saya cakap padanya,doalah apa yang kakak nak.Dia minta saya ajarkan.Saya ajarkan dia.Moga Allah makbulkan doa2 Ai'syah..
    Selesai subuh kami bergerak pulang ke hotel dan singgah di luar masjid untuk langsaikan janji dengan anak-anak.Subuh2 dah makan ice cream.Skali skala ye dak?Sampai hotel kami sarapan,dan dinasihatkan berehatlah agar tidak terlalu penat.Jika waktu pertama kali saya kesana jaraknya agak dekat kali ini saya lihat jarak itu sebagai satu pahala extra.Bukan kah lebih banyak langkah ke masjid lebih banyk pahalanya?saya kira kami lebih dekat berbanding jemaah lain,ada yang duduk 1 km dari masjid.jadi apalah sangat 600 meter saya? 
     Sejujurnya di Mekkah saya banyak di bilik dengan anak2 berbanding di Madinah.Saya redha,dah saya syukur dapat juga saya buat umrah dua kali.Anak-anak saya seperti phobia mungkin dengan kesesakan di Mekkah.Umrah kedua,kami tinggal anak-anak dengan ibu mertua.Inilah kelebihan pergi dengan keluarga,boleh bergilir-gilir.Suami bawak kerusi roda untuk saya,jadi umrah kedua juga saya tawaf di maataf atas.Umrah kedua kami buat selesai ziarah dan miqat di Jaaranah.Dari pagi,jadi kami selesai saie sedang elok sebelum waktu asar.Kami asar diantara safa dan marwah.Pengalaman yang tak mungkin saya lupakan.Ramai orang agak keliru kenapa saya duduk di atas kerusi roda,bila saya kabarkan yang saya mengandung barulah semua tersenyum mengerti.Bagusnya mereka,mereka bertanya dari membuat andaian sendiri.Saya senang walaupun beberapa kali ditanya soalan yang sama.
      Sehari sebelum pulang suami saya hampir demam,saya biarkan dia berehat,dan minta izin untuk ke masjid sendiri.Saya tekad,kali ini saya mesti tawaf sunat dibawah,hampir dengan Kaabah.Sambil berjalan sendiri sambil memohon dipermudahkan,sedar-sedar saya dihadapan Kaabah..Allahuakhbar,Allah sahaja tahu perasaan itu...akhirnya betul2 dapat hampir..bukan dari tingkat atas tak nampak,tapi tidak sehampir ini.Niat untuk duduk lama dihadapan terpaksa di batalkan,selesai solat sunat di arah pengawal agar pergi ke bahagian solat wanita di belakang kerana sudah hampir waktu zuhur.selesai Zuhur,buatlah apa yang patut sementara menunggu asar.peringatan penting,kini masjidil haram,pintu masjid akan ditutup sejam sebelum waktu solat,maka jika anda lambat,anda solat diluar masjidil haram.Jika anda pergi kursus persedian umrah ustaz akan pesan bekal air wuduk dlm botol spray.Bawa sentiasa jika mahu ke masjid supaya anda tidak perlu keluar ke tandas untuk berwudhu'.Tandas agak jauh,jadi jika anda keluar antara waktu solat ada kemungkinan anda tidak dapat masuk semula.tapi jika ada hajat yang perlu diselesaikan juga pergi secepat mungkin dan bgtau pengawal pintu yang anda keluar sekejap,inshaAllah,sy lihat itu yang dilakukan oleh jemaah indonesia yang duduk diseblah saya..
    Tibalah hari terakhir di Mekkah.Masa untuk tawaf wida'.Sebelum tawaf wida' pastikan tiada lagi barang2 atau ole2 yang hendak dibeli.Kami selesaikan urusan beli membeli malam terakhir itu.Tawaf wida' saya buat bersama suami setelah anak2 kami tinggalkan pada makcik dan pakcik saya yang sudah selesai wida' lebih awal dari kami.Sesungguhnya tawaf wida' lah antara saat paling sedih dalam hidup saya..Namun sambil itu doalah agar Allah berikan lagi peluang untuk menjadi tetamuNya lagi suatu hari nanti.Alhamdulillah.Selesai wida' kami bergerak ke Terminal Haji Jeddah untuk pulang ke tanah air.
         Sampai terminal nak ambil troli kena bayar ye.Tak ingat saya berapa riyal,sekali lagi berhati-hati dengan si penolak troli berbayar,nanti beg anda di campaknya sesuka hati.Kami makan dan solat di ruang legar dan mula beratur 4 jam sebelum masuk ke balai berlepas.Check in bag di terminal haji agak mencabar keimanan.banyakla bersabar yer.bekal air zam2 utk sejukkan hati.tak payahlah saya cerita buruk baiknya,cukup anda tahu,lain keadaan jika anda naik kapal di terminal antarabangsa.Selesai drama check in bag,kami masuk ke balai berlepas,scanner lelaki dan perempuan di asingkan.Disinilah salah seorang jemaah wanita kami yang memang sudah mula uzur di hujung umrah,menghembuskan nafas terakhirnya.Hari sebelum itu juga seorgang jemaah lelaki turut menghembuskan nafas terakhir di Tanah Haram.Al-fatihah untuk mereka berdua.
    Kali ini saya ambil pengajaran dari peristiwa muntah saya dan terus makan ubat tidur,anak2 juga saya suapkan ubat batuk dan selsema.Kebetulan penerbangan jugak sudah hampir waktu malam,jadi kami semua tidur dengan lena.Amna tidak langsung bangun untuk makan,mungkin juga kepenatan kerana lama di lapangan terbang tadi.Tiba di Malaysia pagi,jadi anak2 sudah kembali bertenaga.Alhamdulillah tak ade episod muntah lagi,cuma kedengaran bunyi batuk bersahut sahutan sepanjang penerbangan.Penyakit standard kalau balik umrah,debu dari kerja-kerja pembesaran masjid memang tak dapat di elakkan.Bawaklah bekal ubat2 batuk disini sebab disana ubat agak mahal.Saya sarankan juga beli Nosk,yang travel agency jual,saya beli tapi tak boleh pakai sebab bende tu penapis hidung,hidung saya tak tahan.Gatal.Bawak mask biase tu pun boleh.
      Batuk mungkin akan perpanjangan ke beberapa minggu lepas balik umrah,ki semua masih batuk2.Amna warded sebab lama sangat batuk sampai kene pneumonia.Dugaan masing-masing.Apa nak kata.Redhalah..Sekian sedikit perkongsian saya,harap sedikit sebanyak memberi gambaran untuk yang merancang untuk ke sana dalam masa terdekat ini.Jangan takut bawak anak,inshaAllah...Allah permudahkan.Saya kagum tgk adik ipar kendong baby kesana sini,ada orang bawak baby lagi kecil pun ada.Kita tak sendiri,Allah ada..Kuatkan hati.Bersedia.

Umrah's with kids and family.

Assalam..segala puji bagi Allah...Lama mengira bila kesempatan sesuai untuk saya kongsi pengalaman saya mengerjakan umrah bersama keluarga tersayang.Di harap sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan pengajaran kepada yang mahu mengerjakan umrah dengan keluarga.
  Kami memilih Andalusia sebagai agen yg membawa kami kesana kerana beberapa sebab peribadi.Anda mungkin punya pengalaman dgn agensi lain,silalah pilih mengikut kesesuaian dan kemampuan sendiri.Saya pernah umrah bersama ibubapa dan adik beradik saya dengan Rayhar,namun saya rasa tak perlu saya kongsikan dengan terperinci.Yang boleh saya nyatakan pergilah dengan siapa pun,semuanya letak pada niat dan hati kita.Allah maha mendengar,doa dan yakinlah bahawa Allah akan mudahkan jika kita buat buat benda baik.Itu saja.setiap agensi ada kelebihan dan kekurangan,tak perlu kita bertelagah siapa lagi hebat.takde untung pun. 
      Kami mendarat di Terminal Haji Jeddah.Berhati-hati dengan porter yang beri anda trolley beg,perkhidmatan itu berbayar,50riyal tak silap saya.Jika sekerat jalan anda beri tahu anda tak mahu perkhidmatannya,kemungkinan besar dia akan tolak beg anda sesuka hati dari trolley tadi.Pastikan anda sudah bersedia dengan trolley lain.Perkara ini terjadi depan mata saya.Memang rase nak marah atas kebiadapan itu,tapi sebab baru sampai,sabar lebih baik.
    Dari Jeddah kami dibawa dengan bas menuju ke Madinah.Waktu saya pergi baru ini hujung Mac,Madinah masih sejuk  waktu malam.Waktu berhenti solat di kawasan rehat,terasa betul sejuknya.MasyaAllah.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam untuk sampai ke Madinah,anak-anak saya tidur lena dalam bas sebab dlm kapal terbang dieorang main mainan yg kami bekalkan.Anak saya 6 dan 3 tahun,anak buah saya 5 tahun dan 6 bulan.Tiga yang atas perempuan yang kecil sekali sahaja lelaki.Jadi yang tiga orang ini hanya tido separuh dari waktu penerbangan yang hampir 9 jam.Ini kali pertama saya bawa anak-anak saya menaiki penerbangan lebih dari 4 jam,saya terlupa tip penting dari sahabat saya supaya berikan mereka ubat tido(air sickness).Terbalik dari yang disangka,anak-anak tak mabok,ummi dia yang mabok.Kebetulan saya tak sempat sarapan pagi itu memang memburukkan lagi keadaan saya yang mengandung 4 bulan.Pengajaran,pastikan makan ikut waktu sebelum berlepas,suapkan anak2 ubat tido bila dah kat dalam kapal.Akibatnya,saya yang muntah didepan pintu tandas pesawat,malunya Allah saja yang tahu..Ramai warga emas yang mungkin pertama kali naik pesawat,jadi masa yang mereka perlukan untuk menyelesaikan hajat agak lama di dalam tandas pesawat yang comel,jadi sabarlah.Tak semua orang biasa naik kapal terbang.
      Di Madinah masih banyak hotel yang sangat hampir dengan Masjid Nabawi.Namun saya dikhabarkan oleh mutawwif kami,Masjid Nabawi juga bakal dibesarkan lagi dan ini maksudnya hotel juga tidak akan begitu dekat seperti sekarang.Hotel yang kami duduk saya kira agak hampir juga dengan Masjid Nabawi,alhamdulillah..Nak tolak stroller pun tak ada masalah kerana disini telah diasingkan kawasan ibu dan anak.Tapi sekiranya hendak merasa duduk di saf paling depan,bergilirlah dengan pasangan atau ahli keluarga yang ikut serta.Suami saya kali pertama umrah,jadi saya banyak biarkan dia sendirian dan saya bawa anak-anak saya sendiri.Kami suka duduk diluar,terutama waktu asar dan maghrib,isyak.Tidak terlalu panas,dan malamnya dingin.Anak-anak juga suka melihat payung-payung terbuka dan burung-burung kecil berterbangan.Jika anda mahu bersedekah cara mudah bawalah biskut atau coklat,berikan sesama jemaah.Ramai orang buat begitu.Kecil,tapi mudah.Bagi elakkan anak2 saya dari bising,saya bekalkan mereka sedikit mainan dan makanan seperti biskut dan sbgnya.Anak-anak saya gemar menconteng,jadi saya berikan mereka sketch book dan magic pen.Mereka mudah ralit dengan itu.Bekalkan apa yang anak gemar.Itu penting.Air masak kalau tak mau bawa,bawa botol kosong,air zam zam banyak sekitar masjid dan ia percuma,isilah dlm botol anak2 sambil doa,Allah mudahkan ibadah kita disamping anak-anak.
     Hari ziarah jika bawa anak,bekalkan keperluan mereka.Saya cadangkan kalau ada apa2 nak dibeli utk bawa pulang,belilah diMadinah sedikit,seperti bila melawat ke Pasar Kurma.Di Madinah juga,elak beli ole2 di tepi jalan,kerana banyak lagi kedai2 di dalam bangunan dengan harga yang lebih perpatutan.Di Mekah saya kira kurang masa kerana keadaan yang agak sesak dan agak panas berbanding Madinah.Di sana juga anda mungkin mahu lebih banyak mengerjakan umrah atau tawaf sunat.
  Di Madinah,jika ke Raudhah dengan pimpinan ustazah,berhati-hatilah jika bawa anak-anak.Ada bangsa lain(tak perlu saya sebut nama) yang memang gemar bertolak-tolak.Ada juga yang enggan berganjak dari tempat yang mereka duduk,kerana ingin terus berdoa.Jadi janganlah terkejut jika anda lihat petugas masjid nabawi angkat mereka ini keluar.Jemaah Malaysia amat di hormati mereka kerana majoriti jemaah kita mendengar arahan mereka.Tak perlu tunggu hingga anda berada paling depan atau paling hampir dengan maqam Rasulullah S.A.W untuk solat sunat.Bila lihat karpet hijau,itu tandanya anda telah berada dalam kawasan Raudhah.Solatlah..Doalah...Mintalah..Jangan bertolak-tolak..Usai salam dan solat segeralah beredar sebelum dipijak oleh orang lain yang saiznya jauh lebih besar dari kita.  
        
Payung-payung kegemaran kami..
Anak-anak sudah mengantuk.Ini waktu tunggu solat Isyak,biasanya jika pergi dari waktu maghrib kami terus tunggu waktu isyak.

Bersambung...

Monday, March 23, 2015

It could have been worst...

Assalam...have been idle for a long time.Alhamdulillah glad to share that we are expecting another baby..expected to pop on the 31st August!Meeddeka!!!gitew!hahah...This has soo far been the toughest pregnancy journey that I've been through..The sickness was overwhelming...I lost my cooking modjo which was soo depressing..I could hardly taste what I cooked,..I can't hardly eat out since almost everything is heavy with MSG..Bloating is my bestfriend,and the nausessness was his bff.I was soo tired that I wanted to cry most of the time...Overly emotional is soo overrated!I'm carrying another human..so..shut up..and move on.Today baby turn 17 weeks and we already found out its gender!yay!heheh..till then,salam from Madinah al-Munawwarah..

Wednesday, December 31, 2014

2014 recap...

Assalamualaikum..Been quite a while since I last update this,felt like a lost writer.2014 was quite a year alhamdulillah..went to Hong Kong,Pangkor,Kota Kinabalu...And Penang and Johor of course.Met withmy old best friend in Johor and KK.Tat was amazing...I loved them soo much but we lost contact for stupid reasons.oooo...and I've started to drive myself!!!Such a happy feeling to get back behind the wheel and get stuck in jam?hahaha...Still...It was fun being able to have a brunch with my fellow housewives  once a while.I also managed to get my ass to a ladies gymnasium..Which give me my bass back!yup...these years is all about tat bass!from jlo to nicky minaj!hahah...personally,i think it was a great year for me...alhamdulillah..i wouldnt wanna share any of my bad memories this year cause I've flushed it down and I forgave myself and others whose responsible for it..you see,life is too short...I learn to appreciate it more than to see the bad stuff that goes around it...So,welcome 2015!Let face the crazy Puchong traffic like a champion and not skipped gym session!

Wednesday, September 17, 2014

Anak lelaki kedua...

Assalam..
Ceritanya..dari awal lahir anak teruna Fauziah,suami adik suruh susukan anak itu..katanya nanti dah besar,mudah bg ai'syah dan amna..tak payah bertudung kepala dengan shifa'.
Saya teragak-agak..macam tak betul plak niat tu..balik kampung baru ini..daya acah-acah nak susukan dia..suami adik cakap "susukanlah..nanti boleh dia bawa amna dan ai'syah umrah & haji." MasyaAllah...cair rase hati..betul jugak kata Shukry.Kudrat Allah siapa yang tahu,andai ummi dan baba pergi dulu..syukurlah ada adik dan abang susuan bakal membantu..
Allahuakhbar..arini nak balik Puchong.sedih plak rase nak tinggal si kecil..

Sunday, August 31, 2014

Soal iman?

Soal hati,soal iman?
Tipis atau tebal siapa yang mampu lihat?
Lihat dengan mata atau dengan hati?
Iman itu ada,cuma di situ atau disini?
Iman untuk siapa?
Untuk DIA atau untuk Dunia?
Iman memang tidak boleh diwarisi..
Memang tak boleh dijual dan dibeli,
Iman yang mudah rapuh,
Bagi kami yang serba lemah dan mudah jatuh...
Bangun terkapai-kapai...mencari iman yang retak tadi..
Retak atas emosi,retak atas polusi duniawi...
Retak,dan hampir mati...
Kuatkan hati..Pohon Ilahi..
Kutip yang retak tadi..
Semoga DIA mengerti,aku cuma hamba disini...
Semoga diterima nanti,dengan iman yang tebal dihati...amin...

Wednesday, August 13, 2014

Towards a better life!


Assalam..Belum lewat untuk saya ucapkan selamat hari raya aidilfitri..mohon maaf tersalah silap sepanjang mengarang disini..
  Nak cite sikit pasal gambar kat atas tu..Tu gambar lepas bersenam pagi tadi.Tak edit ape-ape tau gambar tu..Saya suke sebab I actually think I look radiant after the workout.Scientifically it said that is because all the happy hormones are released during a workout!
Maka marilah kite bersenam..
When I started a few months back really cause I wanted something for myself after ze huzben got himself a bike.But when my instructor asked me why I joined?Really to keep fit again..I was fit back then and I missed those good old times.I'm not planning to loose weight..(bonus if i did) the main concerned was that I'm 31 this year..and I wanna be healthy..to feel good about myself again in terms of taking a of oneself.They said, "take care of yourself first before you can take care of others" I have to agree.
 We mommies,tend to neglect ourself as we love to take care of others.Remember,a happy women is a happy mother,wife,worker!Exercise!Just like Elmo said it"it makes you feels good and it shoes!!" 

Saturday, June 21, 2014

Liar liar pants on fire..

If there's anything I can't tolerate,it would be lying...Its the worst kind of betrayal any human being can do to one another.For me...liars and the worst kind..but who am I to judge?sometimes I lied too..soo I must be the worst of people too?
Trying to instill sabr ain't easy..but remembering that we are all humans..where the fitrah is never perfect and flawed.Remembering to lower the expectations towards one another is also another thing..MashaAllah...help me...I can't be sad for these petty matters of the world..This stage,these momentary world..Its not supposed to be perfect..I'm still struggling...taking baby steps that I kept on stumbling..May Allah eases this journey of claiming back the heart..that belongs to HIM..amin..

Tuesday, June 10, 2014

Tak mungkin mampu puaskan semua..

Assalam..lama tak menulis..rindu.Saya kini merangkak dengan perlahan..Berlatih..cubaan menjadi lebih baik..kadang kala mungkin disalah ertikan.saya manusia biasa.yang penuh dengan khilaf.
Saya masih bertatih..DIA sahaja yang tahu..DIA satunya tempat mengadu..kerana kebenaran di atas muka bumi yang fana ini perit.kerana ini semua hanya sementara.tapi apa yang terjadi semua atas hendaknya.jadi saya terus bertatih...untuk sabar...untuk redha...untuk empati...senang di coret,tapi sungguh hebat cabarannya.terus ingat..disini tidak kekal...disana akan kembali..selama-lamanya..bersama DIA..

Saturday, March 29, 2014

Ai'syah dah pandai bawok beskal!!!!

Assalam..okay..excited sampai rase nak nanges!!Tajuk entri cam bragging kan?(suke la blog kite) yes she's 4 years plus,but we dont have bicycle at home, she rarely rides on bicycle unless balik Temeloh or kat rumah her aunties..Cause we lived in condominium now,mane nak main...Sebenarnye die dah pandai kayuh a few months back,and she was begging for a bicycle but I told her to wait till me move into our new place..Soo cam dah lame die tak kayuh basikal untill last friday,hari ini kami pergi putrajaya,sewakan basikal real punya and  walla!! She did it on her own!!!ummi control td,siap choked up sensorang tengok anak bawak basikal!(over kan?)
Itu jelah citernye..yay!!suke3!!!alhamdulillah...😁

Wednesday, February 19, 2014

What a successful day meant this days..

Waking up Ai'syah's without tears,
Sending Ai'syah to kindergarten without tears,
Picking up Ai'syah after kindy without tears,
Helping Ai'syah doing homeworks without tears,
SubhanaAllah..besar dugaan membesarkan anak..syukurlah Allah menguji...kadang2 saya tanya diri,inikah balasan atau ujian atas dosa2 saya yang lalu..saya hanya diuji dengan ujian sekecil ini,sedangkan setiap petang ada satu keluarga Rohignya sering duduk ditepi jalan ,bapa dan isterinya gigih mengasing bahan untuk kitar semula,anak2 nya asyik dengan sebiji bola usang.Tersentuh hati,Allahuakbar...syukurlah dengan semuanya..Jadi saya rasa hari ini berjaya,Ai'syah tak nanges disekolah,balik sekolah merengek,tak nanges seperti selalu..alhamdulillah..

Tuesday, January 21, 2014

Day 6

Si comot yang comel..redha jelah dengan yang sorang ni...abes seme tempat boleh dibuat pengesat...

Sunday, January 19, 2014

Day 5

Somebody accomplished her mission today,climbing sofa without help...(This is what I deserved for wishing a boy when I knew its a girl!)

Thursday, January 16, 2014

Day 4

Amna and pigeons..

Putih itam,lurus kerinting...

Assalam...
Hati tersentap,teringat kata anak kecil saya.."ummi?kakak ni black eh?"
Terkejut saya.."takla...black tu macam table tu..(sambil tunjuk meja kopi kami)kakak black macam tu ke?"
"Takla..kakak black sikit je kan ummi?"
"Taklaaaa...sape cakap kakak black?"
"Tu nenek yang mase kite beli minyak kat Giant tu kate,Amna white,kakak black.."
"Isk...taklaa..kakak bukan black..kakak burned je,kakak suke main kat luar.."
Anak kecil sudah diajar putih elok,hitam tidak?Apa masalah kita??Kenapa dengan orang ini...
Yang rambut kerinting sibok nak lurus,yang lurus sebok nak kerinting..Kenapa tak boleh terima apa yang Allah bagi seadanya?Kenapa kita rosakkan keyakinan yang ada pada anak kita?Dah tua tak yakin diri,itu masalah sendiri..Tapi anak kecil janganlah dirosakkan..Biarlah dia..Hitam,putih,kelabu...Sumpah rasa nak tampar makcik kedai jamu kat Giant tu!Tak sekolah punye mulut!

Saturday, January 11, 2014

Friday, January 10, 2014

Day 2

Our first trip without baba...
It's not easy taking two active girls on a plane ride as short as 45 minutes..But we made it..alhamdulillah..

Wednesday, January 8, 2014

Day 1

The fearless girl...(refer to the bruise on the forehead)