Ziarah wida' di Raudhah sunat..jika tidak berkesempatan,solatlah zuhur atau subuh sebelum bertolak ke Mekkah..Saya hanya solat zuhur sebelum kami bergerak ke Mekkah atas kesuntukan masa.Perjalanan dari Mekah ke Madinah memakan masa lebih kurang 6 jam(agak lupe waktu sbnrnye,betulkan jika saya salah)Kami bermiqat di Bir Ali,masjid agak kecil,jadi mutawwif cadangkan berniat di dalam bas jika tidak mahu terkejar-kejar,hanya jemaah lelaki yang masih belum menukar pakaian ihram yang turun kerana jarak Bir Ali dengan Madinah hanya 1 jam.Kami sempat ziarah Jabal Rahmah,merasalah anak2 kami naik unta disitu.
Selesai miqat,mulalah menjaga pantang latang ihram.Kalau takut kain ihram suami terkene najis anak,ibu2 peganglah anak yang masih memakai lampin pakai buang,tapi kalau anak nak jugak ayah dia,sampai Mekkah nanti akan diberi sedikit masa untuk menyegarkan diri di hotel,tukar la kepada pakaian yang bersih atau kain ihram lain.Kami berhenti makan di kawasan rehat dan solat jamak maghrib dan isyak dikawasan tengah2 padang pasir.Udara malam agak sejuk.Pakai pakaian yang sesuai pada anak2 atau bekalkan mereka baju sejuk.
Sampai di Mekkah,kita di beri masa untuk bersiap-siap di bilik.Walaupun anak agak "cranky" kerana perjalanan yang agak panjang,namum kami sudah dalam ihram.Sedikit kepenatan tapi hati tak mampu lagi menahan rindu.Saya gagahkan hati dengan doa agar Allah mudahkan semua.Suasana di Tanah Haram seperti yang digambarkan ustaz di kursus persediaan umrah,agak sesak dan berdebu.
Bayangkanlah,masjid paling besar di dunia,betapa ramainya umat Islam didunia ni,1/3 sahaja bahagian masjid dibuka.Jika anda pernah datang beberapa tahun lepas,masuk sahaja masjid anda akan terus nampak Kaabah,sekarang bahagian itu ditutup.Anda perlu berjalan lebih kehadapan,pintu satu telah ditutup,jadi anda akan masuk dari pintu yang paling dekat dengan arah hotel yang anda tinggal.Umrah pertama biasanya akan dibawa mutawwif,dengarlah penerangan tentang pintu masuk anda agar mudah untuk anda pulang setelah selesai umrah.
Di Masjidil Haram juga stroller tidak dibenarkan dibawa masuk,ambillah wheelchair di hotel yang anda inap.Kebanyakan hotel memang ada banyak wheelchair yang diwakafkan oleh jemaah yang sebelum.Salah satu lagi cara jika anda ingin bersedekah.Anak saya yang kecil agak marah kerana terpaksa berkongsi kerusi roda dengan kakaknya,dahlah mereka dlm keadaan mengantuk.Sabar jelah..Dugaan-dugaan kecil dengan anak-anak.Kakak alhamdulillah tidak byk ragam walaupun mengantuk,penting kita fahamkan anak yang sudah mengerti sedikit sebanyak tentang umrah,kenapa,dan mengapa.Mungkin dia tak faham semuanya,tapi sebelum pergi saya banyak ceritakan dan tunjukkan gambar saya dan di TV pun ada gambaran di Mekkah.Saya ceritakan juga dia serba sedikit tentang Rasulullah S.A.W.Saya yakin sedikit sebanyak perkara kecil ini membantu anak saya faham serba sedikit.
Kami naik ke maataff tingkat dua memandangkan kerusi roda tidak dibenarkan ditingkat bawah,turuf bersama saya selain dari keluarga suami juga mama dan papa saya.Mama masih belum pulih sepenuhnya dari pembedahan lutut jadi abang long saya tolak mama saya,dan suami tolak anak2.Papa saya ada asthma jadi kami ambil keputusan untuk tawaf diatas.Adik ipar saya ambil keputusan untuk bergilir-gilir dengan suami kerana anak yang 6 bln duduk di carrier,takut tidak sedar waktu tawaf dia terkencing,tidak sah tawaf nanti..
Selesai tawaf kami cuba cari tempat Saie tingkat dua yang di katakan kurang sesak,tapi kami tak jumpa laluannya.Maka kami beransurlah perlahan-lahan ke Safa dan Marwah yang asal.Di sini laluan kerusi roda tersedia,tapi berhati-hatilah dengan porter yang mengambil upah menolak orang.Mereka professional,dan kalau tak berhati-hati orang lain yang tolak kerusi roda sendiri akan di langgarnya.Sakit tau kene belakang kaki.Saya hanya mampu berjalan saie pusingan pertama,nak masuk kedua saya rasa sakit dibahagian ari-ari.Suami suruh saya duduk skali dengan anak2 di kerusi roda.MasyhaAllah sungguh rasa bersyukur punya suami sebaik dia..Berat nak tolak kami bertiga tp saya tengok dia semangat,maka kami saya sama2 aminkan doa2 saie bersamanya.Selesai saie sudah hampir waktu subuh.Anak2 saya terjaga,merengek sikit itu biasa.Kami tinggu subuh dan janji pada mereka,lepas ni kita makan ice cream sedap!upah budak2 baik.Ooo..saya lupa,selesai tawaf Ai'syah terjaga dr tidur.Saya cakap padanya,doalah apa yang kakak nak.Dia minta saya ajarkan.Saya ajarkan dia.Moga Allah makbulkan doa2 Ai'syah..
Selesai subuh kami bergerak pulang ke hotel dan singgah di luar masjid untuk langsaikan janji dengan anak-anak.Subuh2 dah makan ice cream.Skali skala ye dak?Sampai hotel kami sarapan,dan dinasihatkan berehatlah agar tidak terlalu penat.Jika waktu pertama kali saya kesana jaraknya agak dekat kali ini saya lihat jarak itu sebagai satu pahala extra.Bukan kah lebih banyak langkah ke masjid lebih banyk pahalanya?saya kira kami lebih dekat berbanding jemaah lain,ada yang duduk 1 km dari masjid.jadi apalah sangat 600 meter saya?
Sejujurnya di Mekkah saya banyak di bilik dengan anak2 berbanding di Madinah.Saya redha,dah saya syukur dapat juga saya buat umrah dua kali.Anak-anak saya seperti phobia mungkin dengan kesesakan di Mekkah.Umrah kedua,kami tinggal anak-anak dengan ibu mertua.Inilah kelebihan pergi dengan keluarga,boleh bergilir-gilir.Suami bawak kerusi roda untuk saya,jadi umrah kedua juga saya tawaf di maataf atas.Umrah kedua kami buat selesai ziarah dan miqat di Jaaranah.Dari pagi,jadi kami selesai saie sedang elok sebelum waktu asar.Kami asar diantara safa dan marwah.Pengalaman yang tak mungkin saya lupakan.Ramai orang agak keliru kenapa saya duduk di atas kerusi roda,bila saya kabarkan yang saya mengandung barulah semua tersenyum mengerti.Bagusnya mereka,mereka bertanya dari membuat andaian sendiri.Saya senang walaupun beberapa kali ditanya soalan yang sama.
Sehari sebelum pulang suami saya hampir demam,saya biarkan dia berehat,dan minta izin untuk ke masjid sendiri.Saya tekad,kali ini saya mesti tawaf sunat dibawah,hampir dengan Kaabah.Sambil berjalan sendiri sambil memohon dipermudahkan,sedar-sedar saya dihadapan Kaabah..Allahuakhbar,Allah sahaja tahu perasaan itu...akhirnya betul2 dapat hampir..bukan dari tingkat atas tak nampak,tapi tidak sehampir ini.Niat untuk duduk lama dihadapan terpaksa di batalkan,selesai solat sunat di arah pengawal agar pergi ke bahagian solat wanita di belakang kerana sudah hampir waktu zuhur.selesai Zuhur,buatlah apa yang patut sementara menunggu asar.peringatan penting,kini masjidil haram,pintu masjid akan ditutup sejam sebelum waktu solat,maka jika anda lambat,anda solat diluar masjidil haram.Jika anda pergi kursus persedian umrah ustaz akan pesan bekal air wuduk dlm botol spray.Bawa sentiasa jika mahu ke masjid supaya anda tidak perlu keluar ke tandas untuk berwudhu'.Tandas agak jauh,jadi jika anda keluar antara waktu solat ada kemungkinan anda tidak dapat masuk semula.tapi jika ada hajat yang perlu diselesaikan juga pergi secepat mungkin dan bgtau pengawal pintu yang anda keluar sekejap,inshaAllah,sy lihat itu yang dilakukan oleh jemaah indonesia yang duduk diseblah saya..
Tibalah hari terakhir di Mekkah.Masa untuk tawaf wida'.Sebelum tawaf wida' pastikan tiada lagi barang2 atau ole2 yang hendak dibeli.Kami selesaikan urusan beli membeli malam terakhir itu.Tawaf wida' saya buat bersama suami setelah anak2 kami tinggalkan pada makcik dan pakcik saya yang sudah selesai wida' lebih awal dari kami.Sesungguhnya tawaf wida' lah antara saat paling sedih dalam hidup saya..Namun sambil itu doalah agar Allah berikan lagi peluang untuk menjadi tetamuNya lagi suatu hari nanti.Alhamdulillah.Selesai wida' kami bergerak ke Terminal Haji Jeddah untuk pulang ke tanah air.
Sampai terminal nak ambil troli kena bayar ye.Tak ingat saya berapa riyal,sekali lagi berhati-hati dengan si penolak troli berbayar,nanti beg anda di campaknya sesuka hati.Kami makan dan solat di ruang legar dan mula beratur 4 jam sebelum masuk ke balai berlepas.Check in bag di terminal haji agak mencabar keimanan.banyakla bersabar yer.bekal air zam2 utk sejukkan hati.tak payahlah saya cerita buruk baiknya,cukup anda tahu,lain keadaan jika anda naik kapal di terminal antarabangsa.Selesai drama check in bag,kami masuk ke balai berlepas,scanner lelaki dan perempuan di asingkan.Disinilah salah seorang jemaah wanita kami yang memang sudah mula uzur di hujung umrah,menghembuskan nafas terakhirnya.Hari sebelum itu juga seorgang jemaah lelaki turut menghembuskan nafas terakhir di Tanah Haram.Al-fatihah untuk mereka berdua.
Kali ini saya ambil pengajaran dari peristiwa muntah saya dan terus makan ubat tidur,anak2 juga saya suapkan ubat batuk dan selsema.Kebetulan penerbangan jugak sudah hampir waktu malam,jadi kami semua tidur dengan lena.Amna tidak langsung bangun untuk makan,mungkin juga kepenatan kerana lama di lapangan terbang tadi.Tiba di Malaysia pagi,jadi anak2 sudah kembali bertenaga.Alhamdulillah tak ade episod muntah lagi,cuma kedengaran bunyi batuk bersahut sahutan sepanjang penerbangan.Penyakit standard kalau balik umrah,debu dari kerja-kerja pembesaran masjid memang tak dapat di elakkan.Bawaklah bekal ubat2 batuk disini sebab disana ubat agak mahal.Saya sarankan juga beli Nosk,yang travel agency jual,saya beli tapi tak boleh pakai sebab bende tu penapis hidung,hidung saya tak tahan.Gatal.Bawak mask biase tu pun boleh.
Batuk mungkin akan perpanjangan ke beberapa minggu lepas balik umrah,ki semua masih batuk2.Amna warded sebab lama sangat batuk sampai kene pneumonia.Dugaan masing-masing.Apa nak kata.Redhalah..Sekian sedikit perkongsian saya,harap sedikit sebanyak memberi gambaran untuk yang merancang untuk ke sana dalam masa terdekat ini.Jangan takut bawak anak,inshaAllah...Allah permudahkan.Saya kagum tgk adik ipar kendong baby kesana sini,ada orang bawak baby lagi kecil pun ada.Kita tak sendiri,Allah ada..Kuatkan hati.Bersedia.